9
paparan
repot
|
Tahukah anda, terdapat hanya tiga patah perkataan jati bahasa Melayu? Mengikut pengetahuan saya, terdapat hanya tiga perkataan asli bahasa Melayu iaitu, padi, paku dan babi. (Jika salah harap betulkan). Namun, masyarakat Malaysia seperti mengetepikan penggunaan bahasa Melayu yang asal itu kerana dikatakan tidak sesuai. Perkataan yang saya maksudkan ialah [babi]. Dengan perkembangan arus perdana ini, agak menyedihkan lagi apabila masyarakat Malaysia lebih suka menggunakan bahasa Arab menggantikan perkataan Melayu asli tersebut, iaitu [khinzir] kununnya lebih sopan kerana berasal dari bahasa al-Quran. Padahal, dari segi pengertiannya merujuk binatang yang sama. Jumudkah pemikiran sebegitu?
Apakah pandangan anda semua berkaitan isu ini?
|