
ok ni ceritanya.
kisahnya jika kita ada talian internet, sekarang guna seorang. bayar pun seorang. tambahan pula kita bukan guna internet 365 hari. cuma 4 bulan sahaja sebenarnya. Baki 8 bulan tu kita sebenarnya bayar tanpa guna. Jadi untuk penggunaan paling optima, kita bagi orang guna talian itu dengan bayaran.
Bila kita kongsi, orang yang guna talian itu akan bayar line kita dan kita boleh membayar bil internet dan bil lain dengan mudah tanpa perlu sambar dari duit gaji.
Kaedah yang digunakan disini menggunakan tiket prabayar. itu sahaja.
Harga tiket RM5.00 untuk 5 jam. tuan ambil 4.00, saya ambil 1.00. macam tu. kawalan menggunakan server Tmn Tenaga WIFI Zone di cheras KL . router akan membuat sambungan ke server prepaid untuk semakan username/password. apabila didapati sah, pengguna dibenarkan melayari internet menggunakan talian tuan.
pasang router yang telah di setup untuk hotspot, kemudian terus mula berniaga kecil-kecilan. boleh dipasang di kawasan yang ramai orang seperti gerai makan, resotran, kolej, rumah flat, rumah teres dan lain-lain yang sesuai.
Bila ada modal lebih, boleh buka 2-3 tempat hotspot ni. jadi akan ada byk sumber pendapatan. malah ianya boleh dibuka di mana-mana lokasi didunia ini asalkan ada internet.
Boleh faham kut.
|